Berjaya Jana RM6.2K Dalam 8 Hari!
Assalamualaikum & salam ceria pembaca setia blog ini
Hari ini saya bercadang untuk berkongsikan dengan pembaca sekalian terhadap satu kajian kes pemasaran affiliate yang pernah saya lakukan sebelum ini, di mana dalam tempoh 8 hari sahaja saya telah berjaya menghasilkan RM6.2K komisyen hanya untuk promosi SATU produk affiliate tempatan!
Taraaaa! Ini dia bukti notifikasi emel yang saya terima setelah komisyen dibayar.

Lumayan ke SANGAT LUMAYAN?
Ya! Ia merupakan pendapatan sampingan yang sangat lumayan
Oleh itu, hari ini saya akan tunjukkan bagaimana sebenarnya saya lakukan sehingga berjaya mencapai komisyen mencecah 4 angka dalam tempoh yang singkat! Dan rasanya tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa teknik yang bakal saya dedahkan ini masih jarang dilakukan oleh kebanyakan Pemasar Affiliate di Malaysia, dan yang pasti ia masih relevan untuk anda praktikkan hari ini
Bina ‘Awareness’ Prospek Dengan Video ‘Education’!
Sebenarnya amat jarang saya gunakan Video untuk tujuan ‘education’ kepada prospek saya sebelum ini. Kerana pada anggapan saya, untuk menghasilkan video education, ia perlu mengambil masa yang agak lama & proses editting yang amat melecehkan
Namun, untuk kali ini saya cuba untuk mencuba sesuatu yang ‘baru’ dalam pemasaran affiliate saya.
Setelah mengenalpasti produk affiliate yang ingin saya promosikan, apa yang saya perlu lakukan pertama sekali ialah saya gunakan beberapa platform utama yang sangat berkesan untuk lakukan BUZZ Marketing. Sila rujuk artikel ini 2 Tips Untuk Berjaya Dalam Affiliate. Ini kerana bagi saya ‘BUZZ Marketing‘ adalah sangat penting untuk membina Awareness (kesedaran) prospek sebelum mereka membuat pembelian
Ini adalah produk affiliate yang saya maksudkan, Pakej Video Tutorial Clickbank Mania Ammar Zahar

Dan berikut pula adalah video yang telah saya rakamkan untuk tujuan education & wujudkan awareness terhadap prospek.
“Video Pengenalan Cara daftar Clickbank.com“
Gabungan Strategi Email + Video + Facebook Marketing
Seterusnya, selepas selesai menghasilkan video tersebut, saya cuma perlu bawa trafik (pelawat) untuk menonton video berkenaan. Teknik yang saya paling suka adalah melalui Pemasaran Emel. Saya hanya perlu ‘blast’ ke mailing list sedia ada dan berikan mereka akses percuma untuk menonton Video tersebut di Youtube. Ini penting untuk mewujudkan awareness kepada mereka tentang Clickbank..
Sambutan & feedback amat memberangsangkan. Ini kerana majoriti prospek masih tidak begitu familiar dengan Clickbank ini, tetapi setelah menonton video pengenalan tersebut, mereka teruja untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Manakala di facebook pula, saya telah uploadkan video yang sama dan kemudian ‘Tag’ pemilik produk CB Mania Ammar Zahar dan customer support beliau ketika itu, iaitu Asrul Rumidi. (Elakkan tag orang yang tak berkaitan dengan video, kerana ia boleh dikategorikan sebagai spamming. Salah laku pengiklanan di internet)
Setelah berjaya membina ‘Awareness’ terhadap prospek saya berkenaan potensi Clickbank ini, saya telah rekodkan satu lagi video lanjutan dan berikan kepada mereka secara PERCUMA.
Hasilnya, RM6.2K dalam Tempoh 8 Hari!
Akhirnya, melalui teknik Video Education ini berjaya membuka minda ramai prospek saya untuk mengetahui Clickbank dengan lebih mendalam lagi. Hasilnya kebanyakan daripada mereka telah membuat pembelian produk yang saya cadangkan kepada mereka iaitu Clickbank Mania.
Begitulah serba sedikit bagaimana saya lakukan strategi dalam mempromosikan salah satu produk affiliate tempatan & Alhamdulillah berjaya menghasilkan komisyen mencecah RM6.2K dalam tempoh 8 hari sahaja. Semoga ia sedikit sebanyak memberikan IDEA kepada anda untuk merangka strategi pemasaran anda kelak.
Nak Lagi Tips Pemasaran Affiliate Yang Lebih POWER?
Ada lagi banyak teknik & strategi yang bakal saya dedahkan di dalam Seminar Affiliate pada 15 April 2012 di Johor kelak.

Tarikh Seminar: 15hb April 2012 (Ahad)
Masa Seminar: 9.30 pagi – 1.30 petang (pendaftaran bermula 9.00 pagi)
Tempat Seminar:
Universiti Teknologi Malaysia, UTM Skudai Johor, Bilik Seminar 3, Aras 4, Perpustakaan Sultanah Zanariah, Universiti Teknologi Malaysia, UTM Skudai Johor
Berikut adalah antara perkara ISTIMEWA yang bakal menanti peserta yang hadir…
- Saya akan berikan secara PERCUMA template email follow up yang telah saya gunakan semasa mempromosikan produk CB Mania ini.
- Ada 9 emel follow up kesemuanya, dan ini adalah antara ‘Secret Recipe’ Affiliate saya.
- Saya juga akan dedahkan 4 Elemen WAJIB yang anda perlu tahu untuk BERJAYA dalam Affiliate Marketing!
- RAHSIA ‘Timeline’ dalam perancangan promosi anda
- Faktor ‘X’ yang boleh melipat kali gandakan jualan produk affiliate anda sekurang-kurangnya 3 kali ganda daripada biasa. Rugi kalau tak tahu yang ini
- Dan banyak lagiiii…..
Jadi, nasihat saya…
Lakukan pendaftaran sekarang, kerana tempat adalah TERHAD!
Harga Istimewa:
- RM50 seorang, [KLIK DI SINI UNTUK DAFTAR] , atau
- RM100 (FREE 2 Tiket Tambahan, jadi jumlahnya ialah 3 Tiket termasuk anda + FREE 1 unit DVD Kursus Affiliate + FREE 1 helai T-Shirt Khas) [KLIK DI SINI UNTUK DAFTAR]
Lihat dua daripada banyak feedback bekas-bekas peserta Seminar Affiliate saya:


PS. Jika anda rasakan artikel ini berguna dan bermanfaat, jom klik pada butang ‘SHARE’ di bawah ini dan kongsikan bersama dengan rakan-rakan anda di Facebook



45 Responses to “Berjaya Jana RM6.2K Dalam 8 Hari!”
Rosley on April 4, 2012
Hello admin,
Banyak lagi yg perlu dilakukan oleh saya utk memahami konsep affiliate ni, tp sy berminat tntg konsep bagi awareness melalui video youtube tu…
rahmanbasri on April 5, 2012
Hello Rosley,
Ya, menggunakan Video Education ini jika dibuat dengan betul, Insyaallah akan memberikan hasil yang responsif
Amim Blog on April 4, 2012
Salam,
Memang lumayan . saya pun sedang belajar dan belajar mengenai affiliate ni . InsyaAllah satu hari nnt akan cuba dapatkan pendapatan lumayan macam ni
rahmanbasri on April 5, 2012
Amiin… Saya doakan semoga berjaya tuan Amim!
All d best
Ahmad Tarmizi on April 4, 2012
Tips yang simple tapi berbaloi dengan usaha yang dilakukan selepas 8 hari kerja.Menarik.Kena cuba ni.
rahmanbasri on April 5, 2012
Ya, dalam 8 hari dapat hasil sebegini memang amat menyeronokkan. Dan semua orang berpotensi untuk memperoleh hasil yang jauh lebih lumayan jika fokus & konsisten.
nur on April 4, 2012
Mcm mana pun utk newbie yg xda email list tp nak buat afiliate mrketing juga ek?.fenin laa..
rahmanbasri on April 5, 2012
Boleh gunakan kaedah marketing yg percuma. Cthnya FB, Forum, Blog dan lain-lain.
Cuma jika nak hasil yang lebih lumayan, kena start kumpul ‘aset’ online kita iaitu database prospek melalui mailing list.
Rushaidin on April 4, 2012
Tips yang sangat membantu… & berkesan…
rahmanbasri on April 5, 2012
Semoga ia bguna Tuan Rushaidin
bau ketiak on April 4, 2012
banyak ilmu yang bermanfaat rahman kongsi, terima kasih.
rahmanbasri on April 5, 2012
Sama-sama
eifa on April 4, 2012
byk teknik yg berguna..insyallah saya cuba nnt
rahmanbasri on April 5, 2012
Gud luck diucapkan. Action makes Result
FARISH NORDIN on April 4, 2012
Insyallah jika jadual mengizinkan sy akan hadir
rahmanbasri on April 5, 2012
Ok, berjumpa di Johor 15 April ini
nik on April 5, 2012
Idea yang menarik. Apabila teknik yang betul dan masa yang sesuai digunakan pasti akan ada kejayaan.
Terima kasih diatas perkongsian ini.
rahmanbasri on April 5, 2012
Sama-sama Nik, moga ia bguna dan dapat dipraktikkan
mina on April 5, 2012
bila plak nk diadakan di kelantan en.rahman???
rahmanbasri on April 5, 2012
Insyaallah coming soon jika takde aral.
7dayang on April 5, 2012
en rahman …yuran utk di UTM skudai 15 april tu mmg rm50 jer ke???
rahmanbasri on April 5, 2012
Yuran RM50 jika nak datang seorang
Jika nak yg upgrade, RM100…
Akan dapat BONUS
berikut:
- DVD Kursus Affiliate
- T-Shirt seminar
- 2 tiket tambahan secara percuma
Zaman on April 6, 2012
Teknik education percuma mmg sagt berkesan. Saya juga pernah meggunakan teknik yang hampir sama untuk memasarkan kurusus yg saya buat. First buat taklimat percuma.
Tq Tuan RB. Terbaik
NetInfoTips on April 7, 2012
Very good post & informative blog bro, I will follow your blog, I still newbie,hehe
Khairul on April 7, 2012
Salam, saudara Rahman. Saya dapati kebanyakan IM ada niche mereka atau produk pengenalan untuk mendapatkan email list atau Fan mereka untuk membina prospek. Saya harap saudara dapat berikan pendapat macamana saya dpt membina niche pertama. Fokus saya sekarang lebih kepada pembinaan asas usahawan. Ia dikongsi di link yang saya sertakan. Harap dapat berikan tunjuk ajar.
abesyah on April 9, 2012
menarik ni..tuan,kursus ni hnya ad kt johor kew?
ainun on April 10, 2012
saya berminat nak pergi tapi jauh sangat. kena baca kat website je la
JHariso on April 16, 2012
Tips Pemasaran Affiliate terbaik dari Tuan haji, walaupun terlepas seminar semalam..
T.Kasih
peysal on April 26, 2012
idea yang menarik ..sangat2 berguna ..program affiliate ni kalau kena cara dan teknik memang masyuk..huhuhu
exdreadlock on May 1, 2012
Syukur…banyak ilmu dan teknik2 berguna.
AzHaaN BroTherS Shop on May 6, 2012
Assalamualaikum… sifu Rahman Basri
Dalam bulan 5 atau 6 2012 ni ada lagi ke kelas…
Saya belum pernah menyertai affiliate program
Saya hanya berniaga produk secara online…alhamdulillah belum pernah gagal lagi mendapat jualan setiap hari di internet…
Cuma ingin menambah pendapatan lagi melalui affiliate program
infotenet on May 10, 2012
salam
tak sia-sia singgah melawat..banyak info yang bermanfaat..nnt saya akan baca bg faham..hari ni melawat je dulu..ehehe
Hanif on May 14, 2012
Tunjuk ajar ku sifu…dahsyat la dapat sale banyak cmtu…
Mastura Saad on May 24, 2012
Assalamualaikum, sy pun berminat kelas mei atau jun
annisa on June 1, 2012
salam…
sy nak tanya bro rahman..
bagaimana newbie nak buat affiliate sbb newbie xda bonus nak bagi… tentu org xnak beli dgn newbie…
cik tom on June 5, 2012
dlm proses nk blaja ttg affiliate…tips yg menarik cuma xreti nak bt video..
95sec on June 8, 2012
sgt berbangga dgn IM tempatan .. dlm masa yg singkat dpt hasil yg sgt bnyk. pembelajaran/step by step melalui video anda juga sy rasakan sgt berkesan
cryxoxo on June 13, 2012
jika boley maintain mcmni ,mmg letop la sbulan .. silap2 boley potong gaji bos
annisa on June 14, 2012
saya belum pernah buat affiliate ..
masih nak tahu dgn lebih lg cmana nak mulakan affiliate
Jom travel cara terbest! on June 19, 2012
Salam Basri, sy sebenarnya teringin nak beli ebook split affiliate. Dulu masa harga baru rm20, sy x beli. Sekarang macam menyesal jugak la.
Bila nk jual blik ebook ni? saya memang nak belajar cara affiliate yang betul. selama ni buat, asyik x menjadi je
halim on June 22, 2012
Aslm Tuan Rahman,
Saya teringin sangat nak jana 4 angka melalui affiliate ni. Tapi saya bersyukur kerana pernah juga dapat duit komisen affiliate. Selalunya saya sertai PPL jer. Sebab PPS ni jarang sangat nak dapat sales.
Tips Onlines on June 26, 2012
pehh power gila.. kena balajar nie…
eddie on July 1, 2012
memang hebat nie…bila la nak jana duit mcm ni dgn affilate
ebizon9 on July 28, 2012
Hebat juga pendapatan affiliate boleh jana 6.2k dalam 8 hari. Tahniah!
aiman916 on August 7, 2012
dasat la bro!